Tuesday, January 4, 2011

Fitness Program for Hikers

Kaedah Tepat Senaman di Gimnasium untuk Persediaan Pendakian

Buat sesiapa yang dah longgar skrew lutut, otot-otot tapi lepas ekspedisi masih jalan macam robot... tak cukup longgarlah tu gitu. Bagi yang rutin pergi gym tapi masih jadi robot ada beberapa panduan / tip untuk dikongsi.

Sesetengah org mental fitness dah la biasa-biasa...fizikal pon biasa-biasa... ha yg nih kena kerja kuat la sikit ... sebelum naik gunung kenalah usaha lebih sikit dari org lain supaya tak menyusahkan dan melambatkan org lain ....

Pengalaman kawan sayalah, saya kalau tidak exercise... memang minta nyawalah naik gunung... maklumlah... badan pun bukan langsing, nak laju berdesup.... kalau exercise.. walaupon tak power rangers... boley kekal sampai kesudahlah gitu...

Balik dari ekspedisi badan tak sakit... tidaklah perlu hendak ambil MC atau ambil cuti extra dan sebagainya. DAN TIADA MASALAH ROBOT! Biasanya kalau buat exercise yang standard untuk persiapan naik gunung; maksudnya dengan berlari atas treadmil yg minimum... speed sekadar 1-4 ... 3-4 km ajek... ianya tidak mencukupi... sebab speed yang biasa-biasa ianya tak membantu sangat... naik basikal pun kalau speed sekadar 1-5 tuh pun biasa-biasa saja.. ianya tidak cukup... Biasanya kalau saya nak naik gunung saya amik program untuk mendaki...(preset dlm treadmil tu) berlari atas treadmil tuh biasanya saya buat utk warming up sahaja. (kita bukan nak berlari atau joging naik gunung tak gitu??)

Kebiasaannya saya buat Cardio Gym Workouts khas untuk fitness dan mendaki... kalau gym disitu ada instructor senanglah dia tolong selaraskan... kita ikut sahaja arahan dia... separuh nyawalah bersenam... tahap minta nyawalah juga ini.

Kalau tidak buat cardio punya program... saya buat stepper... ala-ala naik gunung gitu.. sebab dia paksa kaki / lutut dan badan kita mendaki... sememang sebijiklah macam mendaki gunung... jangan pula tekan program 1 sampai ke sudah...

Biasanya ramai suka pakai program 1 tidak kira jenis mesin apa pun... saya pun hairan... program 1 memanglah ringan dan syiok saja diguna... tapi kalori pun segan-segan hendak terbakar. Sebenarnya tiada apa effect sangat pun. Sebab ramai teman yang pergi gym. Tapi balik gym ada yg tidak payah mandi pun ada. Masuk gym sekadar lari gitu-gitu saja. Peluh ala-ala manja nak keluar.

Ianya boley kalau untuk kekal berat badan dan regular pergi gym... tapi untuk fitness yang mantap, payah sedikitlah kalau pergi gym sekadar memanja-manjakan badan. Saya senaman pun untuk diri saya sendiri. Pergi gym kurang sikit penat lelah take 5 pon kurang hahahahhaha.... kurang bersenam akan jadi cepat letih

Melonggarkan sendi dan otot-otot yang tegang memakan masa, tetapi ia boleh dicapai sedikit demi sedikit. Orang Perempuan lagi lemah sedikit ototnya berbanding orang lelaki. Apatah lagi dengan peningkatan umur. Usaha kenalah lebih sikit.

Jika kurang melakukan aktiviti, badan kita macam hilang kelonggaran dan kelembutan gitu, dalam ertikata lain; SKREW KETAT. Otot akan jadi tegang dan lemah tapi tubuh badan kita jika dilaraskan dengan baik ianya berupaya mengembalikan kelembutan otot. Program kecergasan itu hendaklah berterusan dan senaman itu. penting.

Walau macammana pun latihan ini kenalah bersesuaian dengan keperluan.

Latihan ini kenalah secara beransur-ansur, bukannya hari pertama latihan dah henjut lari 10 km. Selepas itu penat seminggu, rehat.

Seeloknya berlatih kuat satu hari dan ringan pada hari berikutnya.. dan ulang-ulang.

Sentiasa dalam keadaan aktif tapi tidak perlu pula setiap hari berlatih secara giat macam nak masuk sukan asia.

Latihan yang sempurna bermakna kita tidak melakukannya melebihi tahap kemampuan sendiri... Sedikit-sedikit.. lama-lama buley laju.

Untuk bantuan consultation, sila hubungi saya di talian +6012-984 6388 (Uwais)

No comments:

Post a Comment