Tuesday, January 4, 2011

Petua Elak Sopak for Hikers


Keadaan muka terbakar selepas turun G. Rinjani Photo Hiasan oleh Arey
Kebiasaannya kesan dari aktiviti pendakian gunung-gunung yang tinggi atau berakit/berkayak dan sebagainya akan menyebabkan kulit kita terbakar. Keadaan ini kalau dibiar sahaja akan menyebabkan muka kelihatan sopak, rentung, berkarbon atau apa saja istilah dan yang pasti kelihatan tidak menarik.

Ada beberapa petua yang di dokumenkan hasil celoteh-celoteh di mailing list Kaki Hikers untuk panduan beberapa sahabat-sahabat kerabat gunung atau sesiapa sahaja.

Petua

mangsa-mangsa rentung sunburn... ni petua dari otai-otai mancing yang aku pernah joint.. selalu lepas balik mancing di laut.. for sure ade kes sunburn.. jadi antara rawatan awal yg diamalkan seblum kulit tu mengelupas....adalah menyapu kawasan-kawasan yang tjebak dengan kes kerentungan itu dengan tepung beras yang telah dibancuh dengan air.. selepas itu biar sampai kering kemudian bilas.. amalkan selalu dalam 3 / 4 kali buat dah kurang tahap kerentungan tuu..

Tambah lagi..

segala krim-krim kecantikan yang diguna tu (iya ke cantik??? ) pun lebih elok dielakkan buat sementara waktu.. sebab layer kulit masih belum stabil... kulit yang ada tu pun belum dalam perfect condition.. takut pula nanti pakai krim / pencuci tu boleh jadik kes lain pula.. skin radiation... kalau sesiapa yang rasa pedih-pedih waktu mencuci muka tu maknanya tahap permulaan skin radiation la tu... waktu ini dah kena jumpa doktor...

Jadi....

tak lah asal masuk ofis je rentung... kalau tak rentung sopak.... tak sopak rentung huhuhuhu.....dengan 'condifent' aku masuk ofis hari Isnin tanpa perlu menyorok lagi ....lepas ni aku nak try pula tepung gomak buat losyen....muahahaha. .....sape nak join.....

No comments:

Post a Comment