Monday, January 3, 2011

FAQ about Pain Killer


Kita tidak boleh lari dari mengalami kesakitan semasa aktiviti ”outdoor” seperti memanjat gunung. Kesakitan yang dialami ternyata subjektif dan bergantung rapat kepada keseimbangan ketahanan fizikal dan mental seseorang. Pengalaman menghadapi kesakitan di masa lampau juga memainkan peranan penting dalam menetukan gred kesakitan pada satu-satu ketika itu. Otai-otai hikers yang tahap “dewa” mungkin boleh dikecualikan dari kategori ini… J

Definisi “ Ketidak seimbangan persepsi deria rasa dan emosi yang dihubungkait rapat dengan kemusnahan tisu sama ada yang sebenar atau sebaliknya. “

International Association for the Study of Pain

Lebih praktikal kalau mendefinisikan sakit sebagai “ Gua kata sakit , sakit lah !!”

KENAPA KITA SAKIT ?

Sebenarnya kesakitan ini adalah satu mekanisme hikmah ciptaan Allah yang bertujuan untuk melindungi diri kita. “Stress response” automatik ini unik kerana deria rasa sakit ini banyak variasinya dari panas , sejuk , tajam , tekanan etc ; kerana apa-apa stimulus luar yang boleh merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada badan , otak akan bertindakbalas refleks untuk menjauhkan kita dari stimulus disamping memberikan kita memori tentang pengalaman yang tidak menyenangkan itu.

p/s malam pertama pengantin pun termasuk jugak.. hehehe..

Kesakitan yang dialami oleh pendaki gunung atau penggiat aktiviti lasak selalunya berpunca-arah “musculoskeletal” – seiring dengan kelasakan yang perlu dilalui oleh otot-otot badan yang dikerah untuk berkhidmat lebih dari keupayaan biasa. “Fitness” serta latihan yang secukupnya amat perlu sebelum otot otot ini bekerja keras dan tidak mengalami kecederaan yang berlebihan – maka berkuranglah sakit . Fenomena “robot” selepas balik dari pendakian menjadi mercu tanda kecergasan seseorang ! Lama wooo nak “recover” dari kesakitan yang dialami..

Dari segi sainsnya pula ; kesakitan musculoskeletal dialami kerana otot-otot yang dah bekerja terlalu keras ,metabolisme anaerobic melebihi metabolisme aerobic ( menggunakan oksigen) dan ini menghasilkan banyak metabolite-metabolite badan seperti lactate dan meng”activate”kan “inflammatory pain pathway”.
(lihat rajah di atas)


KALAU TAK NAK SAKIT ?

Mengikut “Pain Gate theory” ; kesakitan ini boleh dikurangkan atau dihilangkan dengan menghalang impuls-impuls kesakitan dari puncanya dari dinterpretasikan oleh otak. Selain dari itu , penghasilan endorphin dari badan juga membantu untuk mengurangkan rasa sakit . Edorphin yang dihasilkan badan semasa mengalami stress adalah penyebab utama kenapa kecederaan yang dialami tidak begitu dirasakan pada mulanya tetapi mendadak apabila kita mula berehat. ( tamatnya «fight or flight stress response »). Endorphin juga dihasilkan badan di kala kita gelak ketawa dan gembira. Tetapi terapi ketawa untuk pendaki dan ketika memanjat gunung belum pernah disyorkan ; malah mungkin mendatangkan kerisauan tentang status mental seseorang pendaki itu !!!

Inflammatory pain ----------------------> PAIN <---------------------- Central inhibition
( muscle damage ) ( opioid )


Therapi farmakologi yang diguna pakai oleh pendaki-pendaki akan mencantas pathway inflammatory pain dengan memakan ubat-ubatan NSAID ( Non – steroidal Anti inflammatory drugs ) seperti Ponstan ( Mefenamic Acid ) dan Voltaren ( Diclofenac Sodium ). Kalau betul-betul mahukan kesakitan hilang , ubatan opiod seperti morphine sangat berkesan. Namun demikian , “high” yang dihasilkan lebih membawa kepada keburukan dari kebaikan – ubatan opiod tidak di “halal”kan penggunaannya secara social malah bahaya woo.. karang kena hokum gantung. Kesakitan musculoskeletal cukup dengan ubatan NSAIDS sahaja.

APA YANG BOLEH MAKAN ? BERAPA DOSNYA ? APA SIDE EFFECT ?

Ubat-ubatan yang “halal” yang boleh didapati di kaunter-kaunter farmasi :

OPIOD

Tramadol – Tramal : 50 mg 8 jam sekali.

Sebenarnya tergolong dalam kategori “opiod” lemah. Selalunya dalam bentuk kapsul hijau dan kuning.

Tapi awas , sekiranya kesakitan itu tidak seberapa , anda akan lebih dapat side effect tramadol iaitu pening , mual dan kadang2 boleh muntah.

NSAIDS

Mefenamic Acid – Ponstan : 500mg 8 jam sekali.

Ibuprofen – Brufen : 200 mg 4 – 8 jam sekali.

Naproxen Sodium - Synflex : 250 mg 12 jam sekali.

Diclofenac – Voltaren : 50 – 75mg 8 jam sekali.

AWAS !! Ada di antara kita yang jiwanya sudah sebati dengan ubat-ubatan di atas. Makan jika perlu sahaja dan jangan makan sekiranya tidak perlu kerana :

1) Gastritis anda boleh perubah menjadi ulcer dan hakisan yang berterusan boleh menyebabkan perut anda sentiasa tidak selesa. Jangan sampai ia “bocor” dan anda perlu menjalani pembedahan untuk “menampal”ya kembali.

2) Pastikan anda tidak ada alahan dengan ubat kelas ini kerana alahan yang dialami boleh mendatangkan maut !!

3) Buah pinggang yang rosak . Kalau dah selalu sangat makan , periksalah darah untuk melihat fungsi buah pinggang anda. Sekiranya fungsinya sudah terganggu , silalah berhenti sebelum ia rosak teruk.

4) Fungsi platelet darah akan terganggu dan anda mungkin senang berdarah yang lambat untuk ia beku . berhenti.

COX-2 INHIBITORS

Celecoxib – Celebrex : 100 – 200mg 12 – 24 jam sekali.

Eterocoxib – Arcoxia : 60 -120mg 24 jam sekali.

Ubat – ubat COX-2 merupakan ubat –ubat tahan sakit yang bertindak agak serupa dengan NSAID tetapi tidak mempunyai kesan sampingan seperti gastric irritation. Kesan tahan sakitnya lebih berkesan daripada NSAIDS . Ia banyak digunakan dalam chronic pain management. Namun.. MAHAL sikit lah.. tapi kalau setakat ekspedisi 3-4 hari , ok kot.

UBAT Sensei ATAU TAHAN SAKIT JALANAN ( eg Cap Kaki 3 )

Selalunya kandungan ubat-ubatan ini adalah Salicylates ( eg Aspirin ) dan steroids. Namun dalam dos- dos yang berlebihan eg 10 kali ganda dari biasa. Tiada standard dan pemantauan untuk kilang-kilang dapur dan belakang rumah ini oleh pihak berwajib. Oleh kerana itu , ia dikatakan berkesan dan menghilangkan kesakitan dengan segera. Tetapi AWAS !! Risiko kesan sampingannya adalah 10 kali ganda . Jangan sampai perut anda bocor di puncak gunung...

MORAL

Sakit itu sangat subjektif dan intrepretasinya luas. Ketahanan mental memainkan peranan penting dalam mengimbangi dan mengawal kesakitan. Dalam aktiviti outdoor , kecergasan dan persediaan sebelum pendakian sangat penting kerana ia akan mengkondisikan badan anda untuk bertindak secara maksimum dalam keadaan stress yang terkawal. Penggunaan ubat-ubatan boleh membantu dalam menguruskan kesakitan sementara ini tetapi perlu digunakan dengan ilmu dan amal.

Credit: info dari Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment